LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • MAKLUMAT UNTUK PESAKIT / PERAWAT
  • Panduan Pesakit/Perawat
  • Dairi Seorang Perawat
  • Sejarah ( Jin & Sihir )

  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( SINGAPURA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam
  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( NUSANTARA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam

  • DONASI UNTUK FAKIR MISKIN ( KEMBOJA )
  • Kampong Cham, Kemboja
  • Masjid Jamek Kg. Cham
  • Qurban 2013
  • DONASI UNTUK ANAK YATIM ( BATAM )
  • Kampong Belian, Batam
  • Madrasah Al-Haromain

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq

  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa

  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Tahap Sebelum Rawatan
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Tahap Selepas Rawatan
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab

  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran

  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup

  • PRODUK UNTUK DIJUAL
  • Buku Ayat-Ayat Ruqyah
  • Buku Ruqyah Syar'iyyah
  • CD Ruqyah Syar'iyyah
  • Buku/Audio Terapi Ruqyah
    (iPhone, iPod & iPad Apps.)
  • Wangian Kasturi Syifa'
  • Asy-Syifa' Fragrance
  • Air Za'faran

  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Rawatan Ruqyah Syariyyah
  • Rawatan Akrin S'pura
  • Terapi Bil-Quran M'sia
  • Terapi Al-Quran S'pura
  • Forum Rawatan Sihir
  • Darussyifa
  • Darrussalam
  • Klinik Darul 'Ilaaj
  • Pusat Rawatan Islam
  • Spiritual Healers S'pore
  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah


  • "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    RAWATAN PENYAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

    Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak juga sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :

    Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran

    Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.

    Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :


    AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

    | 14
    | 15

    [14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
    [15] Dan dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakinya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahuinya, lagi Maha Bijaksana.


    AYAT SYIFA' - Yunus ( surah 10 : ayat 57 )

    | 57

    [57] Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.


    AYAT SYIFA' - An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )

    | 67
    | 68
    | 69

    [67] Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
    [68] Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
    [69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


    AYAT SYIFA' - Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )

    | 82

    [82] Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


    AYAT SYIFA' - Asy Syu'ra' ( surah 26 : ayat 80 )

    | 75
    | 76
    | 77
    | 78
    | 79
    | 80

    [75] Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?
    [76] (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
    [77] (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam.
    [78] Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku.
    [79] Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum.
    [80] Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.


    AYAT SYIFA' - Al Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )

    | 44

    [44] Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad) : Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).


    AYAT-AYAT SYIFA' - FAEDAH & CARA-CARA MENGGUNAKANNYA

    Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
    "Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."

    Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.

    Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.

    Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'

  • Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
  • Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
  • Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
  • Top


    Copyright 07/07/2007. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution