LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • MAKLUMAT UNTUK PESAKIT / PERAWAT
  • Panduan Pesakit/Perawat
  • Dairi Seorang Perawat
  • Sejarah ( Jin & Sihir )

  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( SINGAPURA )
  • Thibbun Nabawi
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam
  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( NUSANTARA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam

  • DONASI UNTUK FAKIR MISKIN ( KEMBOJA )
  • Kampong Cham, Kemboja
  • Masjid Jamek Kg. Cham
  • Qurban 2013
  • Qurban 2014
  • Qurban 2015
  • DONASI UNTUK ANAK YATIM ( BATAM )
  • Kampong Belian, Batam
  • Madrasah Al-Haromain

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq

  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa

  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Tahap Sebelum Rawatan
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Tahap Selepas Rawatan
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab

  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran

  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup

  • PRODUK UNTUK DIJUAL
  • Buku Ayat-Ayat Ruqyah
  • Buku Ruqyah Syar'iyyah
  • CD Ruqyah Syar'iyyah
  • Buku/Audio Terapi Ruqyah
    (iPhone, iPod & iPad Apps.)
  • Wangian Kasturi Syifa'
  • Asy-Syifa' Fragrance
  • Air Za'faran

  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Ruqyah Syariyyah
  • Rawatan Akrin S'pura
  • Terapi Bil-Quran M'sia
  • Terapi Al-Quran S'pura
  • Forum Rawatan Sihir
  • Darussyifa
  • Darrussalam
  • Klinik Darul 'Ilaaj
  • Pusat Rawatan Islam
  • Ruqyah ( English )
  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah

  • ÈöÓúãö Çááåö ÇáÑøóÍúãäö ÇáÑøóÍöíãöö
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    SEJARAH ( JIN & SIHIR )

    Salam sejahtera kepada semua masyarakat Melayu/Islam yang dirahmati Allah. Di bawah ini adalah ruangan "Sejarah" yang saya sertakan untuk memberi sedikit pengetahuan mengenai sejarah Sihir. Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w. Sesungguhnya jika anda ingin berkongsi sama, harap dapat email kami supaya ia dapat memberi teladan dan keinsafan bagi semua umat.

    Email saya di rifin@rawatanislam.com supaya dapat saya sertakan di sini, insyaallah.


    ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

    Adakah Nabi pernah terkena Sihir
    Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

    Dari Aisyah:
    "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka". (Bukhari dan Muslim)

    Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya" (kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata". Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit".

    Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.


    KISAH JIN IFRIT DI BUNUH DENGAN AYAT KURSI

    "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.

    Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati. Ikuti kisahnya.

    Pada suatu hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana, dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang. Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.

    Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.

    Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.

    Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan.

    Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”.

    Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.

    Top


    Copyright © 07/07/2007. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution