LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • MAKLUMAT UNTUK PESAKIT / PERAWAT
  • Panduan Pesakit/Perawat
  • Dairi Seorang Perawat
  • Sejarah ( Jin & Sihir )

  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( SINGAPURA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam
  • Thibbun Nabawi
  • Urut Dan Bekam
  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( NUSANTARA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam

  • DONASI UNTUK FAKIR MISKIN ( KEMBOJA )
  • Kampong Cham, Kemboja
  • Masjid Jamek Kg. Cham
  • Qurban 2013
  • Qurban 2014
  • Qurban 2015
  • Qurban 2016
  • DONASI UNTUK ANAK YATIM ( BATAM )
  • Kampong Belian, Batam
  • Madrasah Al-Haromain

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq

  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa

  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Tahap Sebelum Rawatan
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Tahap Selepas Rawatan
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab

  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran

  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup

  • PRODUK JUALAN
  • As-Sunnah Hub

  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Thibbun Nabawi
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Ruqyah Syariyyah
  • Rawatan Akrin S'pura
  • Terapi Bil-Quran M'sia
  • Terapi Al-Quran S'pura
  • Darussyifa
  • Pusat Rawatan Islam
  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah

  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    DIARI SEORANG PERAWAT

    Salam sejahtera kepada semua Perawat Islam Ruqyah Syar'iyyah yang dirahmati Allah. Di bawah ini adalah ruangan "Diari Seorang Perawat" yang saya sediakan untuk para Perawat Islam untuk berkongsi pengalaman anda yang unik, aneh, luarbiasa dan perkara-perkara yang tak pernah terlintas difikiran anda. Jika ada, harap anda dapat berkongsi sama sebagai tatapan dan teladan untuk para pesakit gangguan dan para perawat juga, supaya mereka dapat memahami akan penyakit-penyakit gangguan dan sihir.

    Email saya di rifin@rawatanislam.com supaya dapat saya sertakan di sini, insyaallah.


    Sumbangan Rifin Haji Musa - ( RUQYAH - Rawatan Islam Alternatif`Singapura )

    Masalah: Talipon Bimbit
    Lokasi: Malaysia ( Melalui Email )
    Perawat: Rifin Hj. Musa

    Soalan:
    Salam ustaz, saya mengalami gangguan ilmu hitam pada handphone saya. Saya tidak boleh menghidupkan handpone saya. Sekiranya saya "ON" kan handphone saya, mata saya sampai ke kepala saya akan merasa sakit sangat sehingga menggangu aktiviti harian saya. Sudah 5 biji handphone saya dibuang dan ditukar baru tapi masih ada kuasa ilmu hitam duduk di dalam handphone saya. Masa bertahannya hanya 2 hari saja. Apakah ikthiar yang patut saya dilakukan. Buat masa ini saya renjiskan air Yasin saja tapi masih berkeadaan sama. Terimakasih.

    Jawapan :
    Salam kembali, saya belum pernah mengalami kes ini... Oleh kerana ada gangguan di dalam handphone anda, saya sarankan anda download ayatul Ruqyah ( boleh download di website saya ) dan masukkan ia ke dalam handphone anda ( atau sebagainya ) dan anda mainkan Ayat tersebut melalui handphone tersebut..... Saya tak janji ia akan berjaya, tapi tak salah kalau kita mencuba.... Yang penting anda harus yakin bahwa Allah akan membantu anda... Insyaallah.... Jika berjaya harap e-mail saya. Saya ingin juga tahu kesahihannya. Walla hualam.

    Keputusannya:
    Alhamduliilah ustaz, saya sudah buatkan petang semalam. Saya tekapkan handphone dekat speaker komputer dan saya "ON" kan ayat ruqyah. Nampaknya ia berhasil. Terimakasih banyak ustaz.


    Sumbangan Haji Saifulbahar Bin Haji Ya'acob - ( Rawatan Ruqyah Singapura )

    Masalah: Susuk 24
    Lokasi: Singapura
    Perawat: Mr. X

    Ada seorang 'kakak' yang berjumpa saya (Mr. X) meminta pertolongan untuk dirawat. Saya bertanya seperti biasa apa masalahnya. Kakak itu memberitahu yang dia ingin mengeluarkan susuk-susuk yang ada di badannya yang pernah di masukkan orang.

    Bila saya bertanya:

    1. Berapa banyak susuk? --> 24 susuk
    2. Susuk apa? --> Jarum Mas
    3. Ditempat mana? --> 8 di dada, 4 di muka dan selajutnya...
    4. Apa tujuannya? --> Pernah bekerja sebagai 'perempuan joget' waktu dia muda.
    Saya bertanya umur sebenarnya. Katanya 65 tahun... Saya macam tak percaya kerana rupa 'nenek' ini macam 'kakak' dan tidak merupai seseorang berumur lebih dari 50 tahun (inilah yang dipanggil sihir khayalan/pandangan).

    Saya memberi tarbiah sedikit tentang hukum memakai susuk dan akibatnya. Alhamdulillah dia sudah pun sedar dan ingin/niat untuk membuang susuk-susuk tersebut, berinsaf dan bertaubat sepenuhnya. Sewaktu memasang susuk, dia masih remaja dan tidak tahu tentang hukum dan juga yang memasang adalah makciknya sendiri.

    Saya bermula dengan merawat ruqyah biasa untuk deteksi. Sewaktu ruqyah, dia merasa pening dan jantungnya berdebar debar. Tiada tanda lain. Untuk malam itu, saya cuma memberi air yang dibaca ruqyah and akan kembali lagi untuk rawatan lanjut.

    Rawatan pertama untuk menanggalkan susuk:

    Kerana ini pertama kali saya merawat kes 'susuk', saya hubungi (melalui email) salah satu Ustaz ruqyah di KL yang saya pernah belajar darinya. Kedua-dua kita 'brainstorm' kerana kita berdua juga tidak pernah mengeluarkan susuk. Selepas 'brainstorm', saya dapat satu idea and bincang bersama Ustaz tersebut. Dan Ustaz tersebut pun bersetuju dengan pendapat saya.

    1. Menasihat untuk pesakit 'langgarkan' semua 'pantang-larang' yang pernah di bilang makciknya. (ini idea sahaja, tapi logik)
    2. Meruqyahkan seperti biasa (3 sesi dalam masa seminggu)
    3. Air Ruqyah untuk diminum (tiap hari selama mungkin)
    4. Mandi menggunakan daun bidara (3 hari)
    Kita bermula rawatan seperti biasa tapi kali ini, badan dia agak menggeletar walaupun tidak terlalu. Tidak juga 'meracau'. Ruqyah di bikin 3 kali (hari pertama) selepas 15 minit berehat. Selepas itu saya memberi arahan-arahan cara mandi menggunakan daun bidara dan buat temu janji untuk rawatan lanjut selepas 4 hari selepas selesai terapi yang diatas. Sebelum rawatan lanjut, saya di hubungi saudaranya yang dia menghilangkan diri dan tidak pulang lagi. Sebab sebabnya, hanya Allah yang tahu.

    Sebulan selepas itu, saya dihubungi lagi oleh saudaranya dan mengatakan yang pesakit itu pulang kerumah dan dalam beberapa hari, dia meninggal dunia. Kata saudaranya, rupanya/wajah pesakit tidak seperti sebelum rawatan dan dapat lihat 'tuanya'. Tetapi sewaktu dia meninggal, mukanya berseri. Dan cara pergian dia juga aman. Alhamdulillah.

    Pandangan / pelajaran / pendapat saya yang pertama:

    Dengan rawatan ini, saya jadi lebih faham yang merbahaya bukanlah 'jarum susuk' tersebut tetapi apa kandungannya... jin-jin. Memakai susuk mahupun jarum, berlian atau apa pun adalah 'syarat' atau 'ritual' dan akan menjadi 'syirik' kerana seseorang itu memikir yang susuk itu adalah azimat yang boleh memberi manfaat kepada si pemakainya. Menerima 'ritual' tersebut sama saja dengan menerima makhlus zalim untuk berdamping dengannya.

    Mengeluarkan susuk-susuk tersebut secara fisikal bukanlah matlamat utama kita, tetapi yang wajib adalah untuk meruntuhkan makhluk-makhluk yang berdamping dengan si pesakit atau susuk tersebut.

    Pendapat / pelajaran / pendata saya yang kedua

    Sekiranya kita perawat, tidaklah salah kita tidak tahu semua jawapan dan cara rawatan yang harus diberi. Jangan malu untuk berkongsi sesama perawat lain untuk mendapatkan nasihat dan pendapat mereka. Ini semua untuk kebaikkan kita dan juga pesakit. Jadi berkongsilah pengalaman dan jangan malu kalau kita tidak tahu dan perlu bantuan perawat lain (termasuk ustaz ustaz, imam dan sesiapa sahaja yang berilmu dan lebih mahir dalam segi merawat dan juga agama). Kita semua adalah guru dan kita semua adalah pelajar.

    Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

    Alhamdulillah pesakit tersebut berinsaf dan bertaubat sebelum kepergiannya dan mendoakan supaya Allah menerima keinsafan dia.. Insyallah. Allahu Akhbar...

    Mr. X

    Top


    Copyright © 07/07/2007. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution