LAMAN UTAMA MENGENALI JIN & ALAMNYA DAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR INFORMASI TERKINI
KATA BICARA
  • Kata Pendahuluan
  • E-mail Kami
  • T/Tangan BukuTetamu

  • MAKLUMAT UNTUK PESAKIT / PERAWAT
  • Panduan Pesakit/Perawat
  • Dairi Seorang Perawat
  • Sejarah ( Jin & Sihir )

  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( SINGAPURA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam
  • Thibbun Nabawi
  • Urut Dan Bekam
  • PUSAT RAWATAN ISLAM ( NUSANTARA )
  • Khursus Rawatan Islam
  • Senarai Perawat Islam

  • DONASI UNTUK FAKIR MISKIN ( KEMBOJA )
  • Kampong Cham, Kemboja
  • Masjid Jamek Kg. Cham
  • Qurban 2013
  • Qurban 2014
  • Qurban 2015
  • Qurban 2016
  • DONASI UNTUK ANAK YATIM ( BATAM )
  • Kampong Belian, Batam
  • Madrasah Al-Haromain

  • JIN DAN ILMU SIHIR
  • Mengenali Jin
  • Jenis-Jenis Jin
  • Mengenali Sihir
  • Jenis-Jenis Sihir
  • Gangguan Jin
  • Kesombongan Iblis
  • Pengamal sihir
  • Mengusir Jin
  • Kesesatan dlm Rawatan
  • Mengenali Bomoh
  • Zikrul Maut
  • Dialog Dengan Jin
  • Amalan Khurafat
  • Wafaq

  • DOA & AMALAN HARIAN
  • Fadhilat Al-Fatehah / Kursi
  • Selawat Syifa' / Ruqyah
  • Ayat Wirid Mangsa Sihir
  • Ayat Wirid Mangsa Hasad
  • Ayat Mengatasi Sihir
  • Ayat Menjauhi Saka
  • Ayat Pelindung
  • Ayat-Ayat Doa

  • TEKNIK RAWATAN
  • Pengertian Ruqyah
  • Tahap Sebelum Rawatan
  • Proses Rawatan (Ruqyah)
  • Tahap Selepas Rawatan
  • Ayat-Ayat Syifa'
  • Ayat-Ayat Azab

  • AUDIO DIMUAT TURUN
  • Ayat-Ayat Rawatan

  • - Ayat Ruqyah
    - Ayat Wirid Mangsa Sihir
    - Ayat Wirid Mangsa Hasad
    - Ayat Azab
    - Ayat Syifa'
  • Ceramah Agama
  • Al-Quran

  • MUTAKHIR
  • Soalan & Jawapan
  • Nasihat & Penutup

  • PRODUK JUALAN
  • As-Sunnah Hub

  • LINK (RAWATAN ISLAM)
  • Ruqyah Syar'iyyah S'pura
  • Ruqyah Syariyyah
  • Rawatan Akrin S'pura
  • Terapi Bil-Quran M'sia
  • Terapi Al-Quran S'pura
  • Darussyifa
  • Pusat Rawatan Islam
  • LINK ( ISLAMIAH )
  • Ceramah Islam
  • SimplyIslam
  • MHDS S'pore
  • Majlis Rasullullah
  • Majalah Al-Kisah

  • بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
    "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


    NASIHAT ISLAMI

    1. Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia, merupakan jin yang bodoh atau zalim kerana kemahuannya untuk tetap berada dalam tubuh manusia. Kalau dia berdegil, maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang telah dijelaskan terdahulu, dengan pembacaan tersebut ia dapat melancarkan ancaman terhadap syaitan atau jin. Lancarkan serangan terhadapnya dengan membaca Ayat Kursi, Surah Yasin, Surah Ash-shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Hasyr dan Surah Al-A'la.

    2. Boleh dilakukan pukulan, khususnya pada bahu & belakang, tangan & kaki, jari-jari tangan & kaki. Percayalah, bahawa jin itulah yang akan kesakitan dan bukan orang yang kita pukul itu. Sertai pukulan-pukulan tersebut dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an, sambil itu tetap memperhatikan jikalau jin yang mengeram dalam tubuh orang itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak dalam gerakan tubuh si pesakit secara bergantian, agar dapat memperingan pukulan terhadap diri mereka dan untuk menipu manusia. Malahan ada pula Jin yang sudah berpengalaman dan berusaha untuk melarikan diri. Ketika orang yang mengubati si pesakit itu pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam tubuh si pesakit.

    3. Di antara jin, ada yang memperoleh kekuatan yang sangat besar untuk bertahan dalam tubuh manusia, kerana adanya orang yang meminta bantuan seorang penyihir atau tukang ramal. Dengan cara itu, si jin meminta sesajian atau apa saja untuknya, lalu orang tersebut menuruti permintaannya. Sesudah demikian, jin tersebut tidak akan mahu keluar dari tubuh si pesakit kecuali dengan berulang kali mengajukan permintaannya. Kalau begitu, tolak saja permintaannya. Ancam dan peringatkan dia dengan azab Allah dengan membacakan ayat-ayat Al-Qur'an.

    4. Jika anda melihat mata si pesakit menitikkan air mata, saat anda membacakan ayat-ayat Al-Qur'an, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang jelas, maka hendaklah anda ketahui bahawa kondisi seperti itu adalah kondisi penyurupan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi sangat jahat dan degil.

    5. Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si pesakit dan berperilaku buruk terhadap anda, maka jangan balas dengan sikap yang sama. Tetapi perlihatkan kepadanya akhlak seorang Muslim dengan kuat dan percaya diri. Kalau dia tetap berlaku buruk, maka ambillah segelas air dan bacakan padanya Surah Yasin, Surah Ash-Shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-jin atau salah satu di antaranya. Minumkan air tersebut kepada si pesakit dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, Insya' Allah, tunduk kepada anda, lalu meminta dikeluarkan. Kalau sudah begitu, mintalah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh si pesakit dari ibu jari kaki sebelah kiri, sementara anda membacakan azan di telinga kanan si pesakit.

    6. Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si pesakit, maka bersyukurlah kepadaNya kerana apa saja yang berbahaya atau bermanfaat adalah dari Allah S.W.T., sedangkan kita hanyalah perantara dan sarana semata.


    HAKIKAT YANG SEBENARNYA

    Sesungguhnya, manusialah yang menjerumuskan diri sendiri dalam bahaya. Menyimpang dari petunjuk Allah, membawa akibat yang harus dibayar mahal dalam kehidupannya di dunia, dan kerugiannya dari memperolehi redha Allah dan nikmatNya di Akhirat.
    Di antara bahaya yang akan menimpa diri manusia sendiri adalah ketika mumbuka pintu yang akan menghubungkan dirinya dengan syaitan-syaitan dan jin-jin jahat, dengan apa jua jalan yang sangat berbahaya, sehingga jin dan syaitan itu dapat menguasai dirinya.

    Jalan-jalan berbahaya tersebut dapat di kategorikan seperti berikut :-
    1) Godaan (an-nazgh) ; 2) Bisikan Syaitan (al-hamaz) ;
    3) Tiupan (an-nafkh) ; 4) Kehadiran Jin atau Syaitan (al-hudhur) ;
    5) Sentuhan Syaitan (al-mass) ; 6) Kesenangan Jin atau Syaitan (al-istimta') ;
    7) Was-was ( al-waswasah ) ; 8) Hasutan ( al-'uzz ) ;
    9) Turunnya Syaitan ( at-tanazzul ) ;
    10) Mengorbankan Nafsu Shawat ( al-istihwa' ) ; 11) Lupa ( ath-tha'if )


    PENUTUP

    1. Al-Quran adalah petunjuk dan penawar (ubat) bagi penyakit yang ada di dalam hati.
    2. Al-Quran disamping mendapat pahala kerana membacanya, juga merupakan pelindung/pembenting diri dari gangguan/kejahatan syaithan dan sejenisnya.
    3. Ruqyah Syar'iyah adalah solusi bagi umat Islam dalam membebaskan diri dari gangguan/kejahatan syaithan, jin dan makhluk halus.
    4. Hukum mendatangi dukun, bomoh, paranormal adalah haram.
    5. Haram mempelajari ilmu sihir, mengamalkannya dan mengajarkannya.
    6. Sihir mempunyai pengaruh di dalam diri manusia.
    7. Setiap Muslim agar membentengi diri masing-masing dengan dzikir dan doa.
    8. Syaithan tidak dapat mengganggu orang yang bertaqwa.
    9. Hasad (dengki) adalah sifat buruk yang harus dijauhi oleh setiap Muslim.
    10. Segala bantuan syaithan/jin yang diberikan kepada manusia itu harus dibayar dengan upah berupa syarat-syarat yang sifatnya memurtadkan.
    11. Hendaknya setiap ibu bapa mengajarkan tauhid (ajaran tentang keimanan terhadap Allah SWT) kepada anak-anak.
    12. Jin adalah pendusta

    Wa'allahu A'lam

    Sampai di sini kami mengakhiri susunan lelaman ini. Semoga apa yang terkandung di dalamnya adalah merupakan nikmat bagi mereka yang mengambil manfaat darinya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita semua taufik untuk memperolehi kebahagian dan keberhasilan di dunia dan di akhirat. Sekiranya ada kesilapan di dalam penyampaian di dalam lelaman ini, harap dapatlah pembaca memaafkan kami. Yang benar itu dari Allah dan silap itu dari kami sendiri.

    "Ya Allah, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMu agar kami dapat mengambil manfaatnya. Limpahkanlah kurnia rahmatMu, wahai Pemberi Rahmat. Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingatiMu, selalu mensyukuri segala nikmat yang Engkau limpahkan ke atas kami."

    Top


    Copyright © 07/07/07. Rifin @ Hak Cipta Terpelihara.
    Best View : 1024 x 768 Resolution